Berbicara tentang masa , aku kini terlalu jauh meninggalkan masa kecilku. Aku, homo sapien. Kini aku telah melangkah ke alam lebih dewasa dimana rata rata manusia sebaya aku sudah mulai fokus dan serius dalam setiap perkara. Cinta , keluarga , kerjaya dan tanggungjawab. Empat keutamaan bagi diri ini , dimana setiap langkahan yang aku atur semuanya bertunjangkan empat perkara tersebut.
Masa umpama pedang , jika kita tidak menggunakan sebaiknya ia akan memotong kita -peribahasa arab
Mengimbau masa lalu. Ada madu , ada hempedu. Kadang terasa bagai kejahilan melebihi logik akal fikiran. Hahaha. buang masa dengan keseronokan , jarang sekali fikir masa depan. Akibatnya, baru kenal erti penyesalan. Tapi itu semua aku jadikan sebagai proses dalam mematangkan aku dari sudut fikiran dan pemikiran , semoga aku dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian. Buat dengan tenang , hadapi sorang-sorang. Acewah.
Kini, aku habiskan masa dengan pelajaran. Habiskan diploma dan bukan setakat kejar kejayaan masa hadapan, kini aku kena bina sendiri masa depan. Oh ya, juga mengejar cinta. Cinta juga termasuk dalam perancangan masa hadapan :) tapi aku bukannya nak buang masa menulis soal cinta. Masa bercinta ni memang kadangkala tak seindah yang disangka. Seindah-indah lautan pun bergelora. Ada masa bergaduh , cemburu , kekangan masa. Dah, malas ulas lebih.
Dalam kehidupan ini, adakalanya kita suka membuang masa terhadap orang lain. Kita bersusah-payah mendengar segala permasalahan dan mencari jalan penyelesaian. Dengan harapan mereka juga akan berperlakuan demikian. Tapi kita kena sedar, some people take you for granted. Umpama tweet dari Brgsjk : " Kau bersedia 'melacurkan' diri untuk orang lain , tapi ada orang yang tak pernah kisah pun semua itu" lebih kurang macamtu tweetnya, Aku bersyukur masa-masa aku didampingi oleh manusia-manusia yang banyak memberi aura positif untuk aku tempuhi dugaan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada anda yang sudi menghabiskan masa dengan diri ini.
Menyentuh mengenai isu masa , aku harap semua pembaca agar hargai masa. Masa diri sendiri mahupun masa orang lain. Hargai semua insan yang selama ini sentiasa luangkan masa untuk anda. Hang ingat depa tadak qeja lain ka? Hang buat tak kesah ja. Walaupun dengan siapa anda bersama, please be punctual. Jangan buat orang tertunggu. Well said, penantian itu satu penyiksaan. Kalau masa pun kau tak boleh hargai, no wonder lah kau tak pernah hargai orang yang selama ini bersusah payah untuk kau. Kk just kidding mate.
Sehingga ketemu lagi ,
Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Sunday, 17 April 2016
Saturday, 5 December 2015
D I A
Remaja di akhir usia belasan. Masih berbaki beberapa minggu lagi sebelum dia menginjak ke satu fasa baru dalam kehidupan. Fasa di mana lazimnya manusia sebayanya lebih fokus dalam kehidupan, khususnya demi mewujudkan masa depan yang mapan. Dan mungkin juga satu fasa dimana dia lebih menumpukan perhatian kepada cara membalas jasa keluarga terutamanya ibu bapa.
Tapi bukan bermakna sebelum ini dia tak pernah memikirkan tentang masa depan , bahkan setiap langkahan sepanjang perjalanan hidupnya menyelusuri lorong-lorong kehidupan yang berliku-liku sebelum ini semuanya kerana ingin mencapai matlamat kejayaan di dunia dan akhirat. Dan mungkin juga dia cuba buktikan langkahan yang diambilnya sememangnya tepat dengan keputusan setiap peperiksaannya. '' Man Jadda Wa Jada '' menjadi pegangannya.
Dia. Seorang insan yang sememangnya dari bangku persekolahan lagi diasuh untuk berdikari. Menguruskan kehidupan di asrama seorang diri. Dan dia sedar , ada kalanya dia akan menyendiri didalam sepi. Tapi ini bukan bermakna dia gemar menyendiri, dia cepat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. Seorang yang ramah dan senyumannya yang murah.
Ingin aku tegaskan disini , aku bukan menceritakan tentang diri sendiri.
Dia seorang yang suka memendam. Menanggung sendirian setiap resah dan gundah. Dan itu menjadikan dia seorang yang lebih suka berdiam diri dari memilih untuk menghamburkan segala amarah. Ya, aku cukup kenal dia. Sememangnya mudah meminta maaf dan memaafkan, juga seorang yang sangat tabah. Mempunyai sifat melindungi dalam diam, walaupun kadangkala menunjukkan lagak tidak langsung ambil kisah.
Kadangkala aku mencemburui semangat kental yang dimilikinya. Walaupun dihimpit pelbagai masalah dari segenap ruang dan peluang, dia tetap tenang. Seorang yang sentiasa tenang. Tiada sebarang buah fikiran dalam lubuk pemikiran aku yang dapat menjelaskan bagaimana si dia dapat menghadapi semua cabaran dengan tenang. Seolah-seolah seorang srikandi yang sedang berjuang di medan perang.
Dan dia juga yang sering menjadi pendengar setia. Juga yang selalu ada bila aku memerlukannya. Tak pernah lokek untuk memberi nasihat dan semangat tatkala diri ini dilanda kesedihan dan buntu di persimpangan untuk membuat keputusan. Adapun dia sering menyedarkan aku akan bezanya cahaya dan kegelapan,agar aku semakin tabah menghadapi halangan duri dan cubaan. Terima kasih membimbing aku sepanjang perjalanan,
Mengenalimu satu anugerah yang sangat tinggi nilainya. Senyumanmu satu azimat buat diriku yang hina, manusia terpinggir hidup melara. Senyummu memukau mata sentiasa. Aku mensyukuri akan hadirmu wahai si gadis berkaca mata.
Tapi bukan bermakna sebelum ini dia tak pernah memikirkan tentang masa depan , bahkan setiap langkahan sepanjang perjalanan hidupnya menyelusuri lorong-lorong kehidupan yang berliku-liku sebelum ini semuanya kerana ingin mencapai matlamat kejayaan di dunia dan akhirat. Dan mungkin juga dia cuba buktikan langkahan yang diambilnya sememangnya tepat dengan keputusan setiap peperiksaannya. '' Man Jadda Wa Jada '' menjadi pegangannya.
Dia. Seorang insan yang sememangnya dari bangku persekolahan lagi diasuh untuk berdikari. Menguruskan kehidupan di asrama seorang diri. Dan dia sedar , ada kalanya dia akan menyendiri didalam sepi. Tapi ini bukan bermakna dia gemar menyendiri, dia cepat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. Seorang yang ramah dan senyumannya yang murah.
Ingin aku tegaskan disini , aku bukan menceritakan tentang diri sendiri.
Dia seorang yang suka memendam. Menanggung sendirian setiap resah dan gundah. Dan itu menjadikan dia seorang yang lebih suka berdiam diri dari memilih untuk menghamburkan segala amarah. Ya, aku cukup kenal dia. Sememangnya mudah meminta maaf dan memaafkan, juga seorang yang sangat tabah. Mempunyai sifat melindungi dalam diam, walaupun kadangkala menunjukkan lagak tidak langsung ambil kisah.
Kadangkala aku mencemburui semangat kental yang dimilikinya. Walaupun dihimpit pelbagai masalah dari segenap ruang dan peluang, dia tetap tenang. Seorang yang sentiasa tenang. Tiada sebarang buah fikiran dalam lubuk pemikiran aku yang dapat menjelaskan bagaimana si dia dapat menghadapi semua cabaran dengan tenang. Seolah-seolah seorang srikandi yang sedang berjuang di medan perang.
Dan dia juga yang sering menjadi pendengar setia. Juga yang selalu ada bila aku memerlukannya. Tak pernah lokek untuk memberi nasihat dan semangat tatkala diri ini dilanda kesedihan dan buntu di persimpangan untuk membuat keputusan. Adapun dia sering menyedarkan aku akan bezanya cahaya dan kegelapan,agar aku semakin tabah menghadapi halangan duri dan cubaan. Terima kasih membimbing aku sepanjang perjalanan,
Mengenalimu satu anugerah yang sangat tinggi nilainya. Senyumanmu satu azimat buat diriku yang hina, manusia terpinggir hidup melara. Senyummu memukau mata sentiasa. Aku mensyukuri akan hadirmu wahai si gadis berkaca mata.
Sunday, 11 October 2015
S A K I T
Dulu aku sering bermonolog sendirian tatkala diri disambar sebarang permasalahan dan problema. Hidup sebagai seorang pelajar yang sedang hampir meninggalkan fasa usia belasan , apatah lagi menjadi seorang perantau di usia muda sedikit sebanyak menyumbang kepada tekanan. Seperti pelajar yang lain lambakan assignment , tidak cukup tidur dan masalah wang perbelanjaan juga menjadi masalah utama diri ini. Homesick? mungkin sesekali. Itupun aku buang jauh-jauh setelah mengira kos tambang pergi-balik dari Bandaraya Dalam Taman ini menuju Jelapang Padi.
Terkadang aku duduk di bucu katil sambil mengenang segala permasalahan. Dan setiap kali itu jugalah aku berpesan pada diri: '' Bukan senang nak senang, anggap ini sebagai liku-liku sebagai seorang insan bergelar pelajar". Mungkin ini sakit, tapi pasti ada kemanisan di sebaliknya. Seperti Allah hadirkan pelangi seusai hujan turun.
Dan ada satu masa aku telah benar-benar merasai kesakitan. Kesakitan yang hampir membuat aku hilang arah. Kehilangan 3 saudara-mara terdekat dalam tempoh kurang dari 3 bulan. Dan YAA!
aku hanya mampu berdoa dari jauh agar segalanya berjalan dengan lancar bagi insan-insan yang sangat rapat dengan diri aku. Kekangan masa dan wang , dan aku hanya mampu sampaikan salam rindu melalui doa dan air mata . Tak dapat melihat wajah insan-insan tersebut buat kali terakhir. Sakit yang aku rasa ketika itu bukan seperti kebiasaan. Sakit ketika itu bagaikan bongkah konkrit sebesar bangunan jatuh menghempap diri. Tetapi aku bersyukur pada ketika itu Allah hadirkan insan-insan tersayang yang terus-terusan memberi nasihat dan menenangkan diri ku. Dan aku turut menarik nafas lega setelah membaca setiap status di laman sosial dari saudara-mara berkaitan setiap upacara yang selesai. SYUKUR YA RABB !
Dan aku sedar adapun ibu bapa aku menghantar aku kesini bukan untuk menjadi seorang yang lemah. Aku sudah cukup besar untuk mencari penyelesaian bagi masalah sendiri. Aku sedar yang aku akan memahami maksud sebenar ketabahan melalui kehilangan.
Damailah disana, Wa Jariah, Abang Uih, Pak Ndak.
Tuesday, 5 May 2015
A.K.U
Dilahirkan sebagai pemegang watak bagi pementasan
kehidupan . Kehidupan sendiri mahupun
masyarakat sekeliling. Bagi aku, sudah tentulah aku ialah watak utama.
Tapi menurut perspektif orang lain, aku adalah watak sampingan yang hanya
melengkapkan drama kehidupan mereka. Begitu juga penilaian aku kepada orang
lain.
Watak yang ku pegang bukan sebarangan. Kadangnya
garang. Kadang peramah tapi dianggap
miang. Pedihnya bukan kepalang, tembus ke tulang. Tapi aku tetap tenang, kerana
aku belum cukup malang. Ayat ini yang sentiasa aku pegang. Ya. Aku akan
sentiasa tenang.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Pertembungan antara nafsu dan keimanan. Kadangkala nafsu membawa sejuta rasa bahagia, tetapi sementara. Kalah
dengan hasutan syaitan membuat aku kadangkala terleka. Megah dengan watak yang
dibawa. Ada masanya aku menghina. Tapi satu yang aku tidak jelas aku ini lebih
hina sebenarnya. Ada masa aku berdendam. Kuatnya seakan api yang tak akan
pernah padam. Kelemahan aku yang terlalu
mengikut kitaran kehidupan. Kitaran hidup golongan kebanyakkan yang sentiasa
menanam kebencian dalam diri. Tapi itu aku yang dulu. Aku ulangi: aku yang
dulu.
Ada masanya aku keliru dengan watak yang dibawa. Antagonis dan protagonis
yang aku sahaja tahu tetapi seakan samar-samar dalam setiap plot cerita yang
berbeza. Aku seperti diisolasi oleh masyarakat sekeliling atas kesalahan aku
menginokulasi homo sapiens yang lain. Jangan risau, itu cuma hiperbola.
Bukannya aku diinkarserasi secara betul.
Watak yang paling mantap aku boleh pegang ialah
watak penakut. Watak yang aku hadam sejak azali lagi. Bukan sembarangan takut
kerana takut itu mempunyai skop yang luas. Aku takut aku hampakan harapan orang
yang tersayang. Merekayang bertungkus lumus, bergadai harta benda memberi aku
pelajaran dan kehidupan yang serba lengkap bagi manusia macam aku. Terima kasih
keluarga. Pernah sekali, langkahku seakan terhenti dari landasan perjuangan
yang aku sendiri pilih.Buah fikiran aku terhenti kaku di persimpangan. Aku
rebah dan hampir mengalah. Tapi kerana perasaan takut yang bercampur kasihan ,
aku gagahkan jua diri ini. Bayangan wajah ibu bapa dan adik-beradik yang
sentiasa menjadi catalyst untuk aku terus realisasikan apa yang aku idamkan.
Tapi yang sentiasa
menjadi perkara yang paling aku takuti ialah jika ditakdirkan aku bangun dari
perbaringan dengan jasad dan roh yang sudah bercerai tetapi dalam keadaan yang
aku sendiri belum bersedia. Aku tak dapat bayangkan betapa hinanya aku pergi
menghadap pencipta yang Maha Esa jika sedemikian rupa sedangkan aku ini insan
hina berasal daripada tanah yang diciptakan-Nya. Benar, dunia ini hanya
pinjaman sementara dan akhirnya kembali jua kita kepada-Nya. Tapi kadangkala
diri ini sentiasa leka. Sering melakukan perkara lalai, lagha dan sia-sia.
Syaitan durjana pastinya bersorak gembira saat aku hanyut dalam hasutannya.
Jahat? Aku mengaku aku ini jahat. Meski aku bukan seorang perokok,penagih
dadah,pencuri ,perompak blablablabla dan sebagainya tetapi aku masih lagi
seorang pendosa tanpa noktah. Cukup aku huraikan jahat aku dengan ayat
tersebut.
Cukup sampai disini untuk entri kali ini. Sepuluh
daktil aku atur memohon kemaafan sekiranya cerita aku tergantung. Mungkin juga
sengaja kubiarkan tergantung agar kalian menilai pembawakan watak dan sifat aku
yang lainnya. Selamat menilai yaa JJJ
Assalamualaikum.
Bila nafsu mengatasi logika, buatkan kita kadangkala
terleka. Manusia mudah lupa, nikmat syurga dan derita neraka.
Saturday, 18 April 2015
K.A.W.A.N
KAWAN. Boleh aku tafsirkan sebagai: Kalian Ada Walaupun Aku Nakal. Yaa, mungkin kelihatan lucu tapi itu hakikat sebenar yang terbuku di dasar hati ini. Mereka merupakan golongan yang selalu ada di samping aku selain ahli keluarga. Mereka yang selalu faham setiap baik buruk aku, antagonis dan protagonis aku bahkan selalu cuba mengikut 'rentak' aku kerana aku memang sukar diramal sejujurnya. Betapa pentingnya mereka dalam hidup aku kerana mereka turut terlibat bagi melengkapkan 'Buku Kehidupan' aku setiap tahun. Mereka yang mewarnai setiap helaian kertas dan menjadikan kesemua '365 hari' muka surat , '12 bulan' bab dan '4 minggu' perenggan buku itu menarik. Lengkap dengan '24 jam' bait puisi dan '60 minit' penanda wacana kehidupan seharian. Fahami sendiri. Sejujurnya, rakan-rakan mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan , bermula dari celah-celah lorong kejahilan hinggakan selautan keyakinan yang mereka hamparkan.
We find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like 1,2,3I'll be there
And I Know when i need it
I can count on you like 4, 3, 2
And you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Aku cuba selami dan hayati maksud lirik lagu dendangan Bruno Mars ini. Cukup dalam pengertian lirik tersebut bagi manusia macam aku. Ya, aku selalu dapatkan pertolongan kawan ketika aku kesusahan dan ketika aku tiada tempat untuk mengadu. Sungguhpun aku ini bukanlah seorang yang suka bercerita tentang masalah yang dialami kepada ahli keluarga. Ini kekurangan aku sejak azali, tidak suka berkongsi masalah dengan keluarga kerana aku tidak gemar ahli keluarga risaukan keadaan seharian aku. Bodoh bukan aku ini? Hahahaha. Berbalik kepada perihal kawan. Ketika tiba pula giliran kawan memerlukan aku disaat genting, mungkin aku salah seorang yang boleh dipercayai bagi mereka. Apa gunanya kawan, kalau tidak boleh menolong kawan yang selalu berdamping dengannya ditimpa kesusahan.
Aku cuba dapatkan pandangan seorang teman mengenai perihal 'kawan'.
''Secara zahirnya,istilah kawan ini kelihatan mudah. Tetapi hakikatnya susah disebabkan ada juga segelintir rakan-rakan yang tidak boleh terima kelebihan dan kekurangan diri kita ini. Mungkin dalam 1000 orang kawan, cuma seorang sahaja yang boleh dianggap sahabat.'' ujar gadis yang berasal dari Johor tersebut. Aku setuju. Tidak semua perkara yang datang dalam hidup kita akan kekal. Begitu juga kawan, ada yang hanya singgah sementara dan beransur pergi seakan awan mendung selepas hujan. Dan siapa pula sahabat? Agak keterlaluan jika kalian minta aku asingkan yang mana rakan yang mana sahabat. Seakan aku diminta untuk asingkan butir-butir garam dan gula dalam masakan,yang semua sedia maklum amat diperlukan dalam masakan. Begitu juga aku, pada pandangan aku rakan atau sahabat mereka jualah yang sentiasa ceriakan hari-hari aku. Mungkin kadangkala ada perselisihan faham, itu semua lumrah dan asam garam dalam kehidupan. Mungkin ini juga salah satu proses untuk kita belajar menghargai pendapat orang sekeliling. Masalah yang sering berlaku , kita mahu memberi pendapat tapi tak rela dikritik. Ada yang masih terbelenggu dengan cara pemikiran yang sempit. Hal ini demikian memungkinkan pergaduhan. Jadi kita patut ambil kira segala pandangan pro dan kontra dalam kehidupan kita.
Mungkin ada yang berpendapat, mudah bagi remaja belasan seperti aku meluahkan kata-kata di dalam entri tetapi masih belum cukup diuji dengan ujian kehidupan. Tetapi bagi aku, kita hidup di era milineum dimana bangunan-bangunan dibina setinggi awan. Mengapa tahap rasionalisasi kita tidak tinggi seumpama itu? Aku menilai kehidupan dari sudut berbeza. Tak memadai hanya kecapi rasa selesa. Selesa itu tak berkekalan. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.
Mungkin sudah cukup aku membebel dalam entri kali ini. Sejuta kemaafan aku pohonkan dari kalian yang sudi membaca seandainya nukilan kali ini menyimpang dari pandangan kalian.
Buatmu teman dan sahabat, selagi Izrail tidak mencabut rohku akan ku pertahankan hubungan persaudaraan kita ini hingga ke jannah. Jagalah nama, hidup ini suatu pementasan drama. Ada yang berisi ada yang kurus ,ada melencong ada yang lurus tapi berhati-hatilah kerna bukan semuanya tulus.
''Nukilan,tulisan dan bisikan isi hati. Mencari keterangan, menjiwai peranan. Menepati pesanan, janji dan juga saranan''
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T teman,
S.K LANGGAR
SMK LANGGAR
COLLEGIANS (SULTAN ABDUL HAMID COLLEGE)
PSA
Wednesday, 1 April 2015
MINDA
Seperti biasa , mataku masih belum mahu pejam walaupun jam sudah menunjukan pukul 4.07 pagi. Oleh hal yang demikian, aku mengambil keputusan untuk mencoret sesuatu di ruangan blog ini walaupun sudah lari dari landasan niat dan nawaitu untuk mengulangkaji subjek Electrical Services pada mulanya. Masakan bisa aku teruskan pembacaanku setelah mata pun terkebil-kebil dan membulat cuba menghadam satu per satu fakta. Jadi, ku curi sedikit masa untuk memenuhi ruang ini.
Berbalik kepada tajuk diatas, 'MINDA'. Aku cuba menyentuh tentang bagaimana minda kita memanipulasi setiap perbuatan dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian terhadap masyarakat sekeliling. Terlintas di fikiran aku untuk memilih tajuk ini setelah aku terlibat sama menjayakan 'Birthday Prank' rakan sekelas aku hasil idea bersama partner in crimes yang tak perlu aku sebutkan nama. Hahahaha. Jahat jugak kami ni jika difikirkan balik bila semua berpakat tak mahu wish birthday dan sengaja mencari pasal sehingga 'gadis A' bengang dan keluar dari group 'whatsapp'. Okay, abaikan saja cerita ulangtahun kelahiran 'gadis A' tersebut yang kebetulan jatuh pada hari pertama GST dilaksanakan HAHAHAHAHAHA.
Back to our main point, pernah tak selama ini kalian terfikir adakah minda kita suci dan bebas dari jajahan segala anasir negatif dan jahat yang ingin merosakkan kita? Adakah kita sudah mampu menilai kelemahan diri kita sendiri, dan bukannya hanya pandai menunding jari kepada masyarakat sekeliling? . Asyik menyalahkan orang lain , sememangnya minda jahat anda sudah menguasai sebahagian besar diri anda. Kita perlu adil kepada diri sendiri. Adil yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Maka mengapa tidak kita menjadi lebih adil dan rasional dalam melakukan pekerjaan? Ini semua permainan minda. Jika minda kita mahukan kebaikan, pasti anggota badan akan segera menjalankan tugas. Apa yang mahu aku tekankan disini, pastikan minda kita mengenal pasti kelemahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghukum atau menyalahkan orang lain. Ya. Mungkin nada aku kelihatan tegas disini. Sungguhpun aku menulis berdasarkan pengalaman selama lebih 19 tahun aku hidup di muka bumi ini. 19, angka yang kukira sudah cukup untuk menghuraikan segala permasalahan yang biasanya dihadapi oleh para remaja sebaya denganku. Holistiknya: jadilah seperti pohon yang berbuah lebat , di baling dengan batu tetapi dibalas dengan buah.
Seterusnya, pada era globalisasi dan kemajuan pesat negara pada masa kini kulihat ramai anak muda semakin galak meniru / mencedok / mencetak budaya luar. Minda? Minda dijajah? YA. Minda anak-anak muda masakini sudah dijajah. Jujur pada pandangan anak muda seperti aku. Berpenampilan seakan artis kegemaran dengan gaya rambut yang sudah bertukar warna,ada juga yang mencukur sebahagian kulit kepala yang sememangnya haram disisi Islam. Pakaian? Aurat? Aku tak mahu mengulas lanjut sungguhpun aku ni bukanlah ulama' , mufti atau fukahah-fukahah Islam. Dan aku masih lagi seorang remaja yang cetek akalnya yang tidak layak berbicara tentang hukum-hakam, pada dasarnya. Jadi kalian tertanya-tanya apa itu minda terjajah?
''Maksud minda dan jiwa terjajah ialah apabila umat Islam, sekalipun berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu melepaskan diri dari belenggu cengkaman pemikiran penjajahan dan pemikiran barat. Orang yang mindanya terjajah sentiasa menganggap segala idea,pemikiran dan kejayaan yang datang daripada luar semuanya baik, betul dan perlu diikuti sekalipun ianya bertentangan dengan syariat Islam. Sebaliknya mana-mana peraturan, idea, dan fikiran yang bersumberkan Islam dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak adil dan tidak realistik.''
Orang yang mindanya dijajah tidak akan dapat melihat dengan mata hati, tidak dapat berfikir dengan akalnya sendiri. Sebaliknya, mereka mendokong fikiran-fikiran yang dikehendaki penjajah. Semuanya menghakis jati diri, wibawa dan kehebatan mereka. Sesungguhnya in adalah antara antara hasil perancangan rapi para penjajah yang telah menyedia dan mengatur strategi menewaskan Islam.
Konklusinya, minda dan akal mengawal segala tindak tanduk kita sama ada baik mahupun buruk. Jadi perbanyakkan amalan yang boleh mensucikan minda. Persetankan, mulut-mulut puaka haters yang selalu mengherdik ,atau caci maki kita.
Sekian untuk ruangan hari ini. Segala kekurangan dan kebiadaban harap dimaafi.
AKU BUKAN MALAIKAT YANG SELALU MELAKUKAN PERKARA BENAR.
Monday, 30 March 2015
Entah Mengapa
Entah mengapa hatiku terdetik untuk berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. Barangkali keghairahan aku membaca post hasil nukilan kenalan rapatku mengukuhkan lagi niat aku untuk membuat blog sendiri. Hahahaha. Acap kali aku terbaca ayat ayat puitis dari blogger terkenal membangkitkan lagi naluri bidang penulisan aku dengan harapan hasil penulisan aku dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada sesiapa yang membaca walaupun blog aku tak setanding bloggers di luar sana , adapun niat aku bukanlah untuk menjadi terkenal. Ayat aku sentiasa poyo, hahahaha maaf guys.
Aku hasilkan blog ni kira-kira pada pukul 2.30 pagi kesan daripada secawan nescafe '' 3 in 1'' yang kononnya dapat mencelikkan mata untuk aku ulangkaji pelajaran kerana final exam yang hampir tiba. Tapi malangnya mata sahaja yang celik, tapi minda aku sukar celik menghadam satu persatu fakta yang bakal aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di atas kertas ujian, bertemankan mata pena yang menari-menari mengolah isi yang bakal aku huraikan bagi setiap subjek. Alangkah indah jika mata pena itu bergerak sendiri tanpa perlu aku memerah otak mengingati apa yang telah aku pelajari selama ini. Cuma omong kosong aja ya, bukan maksud aku untuk menafikan anugerah terindah daripada Allah S.W.T iaitu 'akal' yang Allah telah firmankan supaya manusia menggunakan akal fikiran sebaik-baiknya . Bukannya mengharap mata pena bergerak dengan sendirinya macam aku,hehehehe. Antara sebab lain aku cuba hasilkan blog ialah aku kagum dengan penulisan Pipoh (Pipoh patut bangga first post aku ada nama dia) yang bagi aku sarat dengan info berguna dan fresh :p
Cukup sampai di sini sahaja nukilan aku yang pertama kali ini, moga blog aku memberi manfaat kepada mereka yang membacanya kelak. IN SHAA ALLAH....
Aku hasilkan blog ni kira-kira pada pukul 2.30 pagi kesan daripada secawan nescafe '' 3 in 1'' yang kononnya dapat mencelikkan mata untuk aku ulangkaji pelajaran kerana final exam yang hampir tiba. Tapi malangnya mata sahaja yang celik, tapi minda aku sukar celik menghadam satu persatu fakta yang bakal aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di atas kertas ujian, bertemankan mata pena yang menari-menari mengolah isi yang bakal aku huraikan bagi setiap subjek. Alangkah indah jika mata pena itu bergerak sendiri tanpa perlu aku memerah otak mengingati apa yang telah aku pelajari selama ini. Cuma omong kosong aja ya, bukan maksud aku untuk menafikan anugerah terindah daripada Allah S.W.T iaitu 'akal' yang Allah telah firmankan supaya manusia menggunakan akal fikiran sebaik-baiknya . Bukannya mengharap mata pena bergerak dengan sendirinya macam aku,hehehehe. Antara sebab lain aku cuba hasilkan blog ialah aku kagum dengan penulisan Pipoh (Pipoh patut bangga first post aku ada nama dia) yang bagi aku sarat dengan info berguna dan fresh :p
Cukup sampai di sini sahaja nukilan aku yang pertama kali ini, moga blog aku memberi manfaat kepada mereka yang membacanya kelak. IN SHAA ALLAH....
Subscribe to:
Comments (Atom)