Berbalik kepada tajuk diatas, 'MINDA'. Aku cuba menyentuh tentang bagaimana minda kita memanipulasi setiap perbuatan dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian terhadap masyarakat sekeliling. Terlintas di fikiran aku untuk memilih tajuk ini setelah aku terlibat sama menjayakan 'Birthday Prank' rakan sekelas aku hasil idea bersama partner in crimes yang tak perlu aku sebutkan nama. Hahahaha. Jahat jugak kami ni jika difikirkan balik bila semua berpakat tak mahu wish birthday dan sengaja mencari pasal sehingga 'gadis A' bengang dan keluar dari group 'whatsapp'. Okay, abaikan saja cerita ulangtahun kelahiran 'gadis A' tersebut yang kebetulan jatuh pada hari pertama GST dilaksanakan HAHAHAHAHAHA.
Back to our main point, pernah tak selama ini kalian terfikir adakah minda kita suci dan bebas dari jajahan segala anasir negatif dan jahat yang ingin merosakkan kita? Adakah kita sudah mampu menilai kelemahan diri kita sendiri, dan bukannya hanya pandai menunding jari kepada masyarakat sekeliling? . Asyik menyalahkan orang lain , sememangnya minda jahat anda sudah menguasai sebahagian besar diri anda. Kita perlu adil kepada diri sendiri. Adil yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar. Maka mengapa tidak kita menjadi lebih adil dan rasional dalam melakukan pekerjaan? Ini semua permainan minda. Jika minda kita mahukan kebaikan, pasti anggota badan akan segera menjalankan tugas. Apa yang mahu aku tekankan disini, pastikan minda kita mengenal pasti kelemahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghukum atau menyalahkan orang lain. Ya. Mungkin nada aku kelihatan tegas disini. Sungguhpun aku menulis berdasarkan pengalaman selama lebih 19 tahun aku hidup di muka bumi ini. 19, angka yang kukira sudah cukup untuk menghuraikan segala permasalahan yang biasanya dihadapi oleh para remaja sebaya denganku. Holistiknya: jadilah seperti pohon yang berbuah lebat , di baling dengan batu tetapi dibalas dengan buah.
Seterusnya, pada era globalisasi dan kemajuan pesat negara pada masa kini kulihat ramai anak muda semakin galak meniru / mencedok / mencetak budaya luar. Minda? Minda dijajah? YA. Minda anak-anak muda masakini sudah dijajah. Jujur pada pandangan anak muda seperti aku. Berpenampilan seakan artis kegemaran dengan gaya rambut yang sudah bertukar warna,ada juga yang mencukur sebahagian kulit kepala yang sememangnya haram disisi Islam. Pakaian? Aurat? Aku tak mahu mengulas lanjut sungguhpun aku ni bukanlah ulama' , mufti atau fukahah-fukahah Islam. Dan aku masih lagi seorang remaja yang cetek akalnya yang tidak layak berbicara tentang hukum-hakam, pada dasarnya. Jadi kalian tertanya-tanya apa itu minda terjajah?
''Maksud minda dan jiwa terjajah ialah apabila umat Islam, sekalipun berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu melepaskan diri dari belenggu cengkaman pemikiran penjajahan dan pemikiran barat. Orang yang mindanya terjajah sentiasa menganggap segala idea,pemikiran dan kejayaan yang datang daripada luar semuanya baik, betul dan perlu diikuti sekalipun ianya bertentangan dengan syariat Islam. Sebaliknya mana-mana peraturan, idea, dan fikiran yang bersumberkan Islam dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak adil dan tidak realistik.''
Orang yang mindanya dijajah tidak akan dapat melihat dengan mata hati, tidak dapat berfikir dengan akalnya sendiri. Sebaliknya, mereka mendokong fikiran-fikiran yang dikehendaki penjajah. Semuanya menghakis jati diri, wibawa dan kehebatan mereka. Sesungguhnya in adalah antara antara hasil perancangan rapi para penjajah yang telah menyedia dan mengatur strategi menewaskan Islam.
Konklusinya, minda dan akal mengawal segala tindak tanduk kita sama ada baik mahupun buruk. Jadi perbanyakkan amalan yang boleh mensucikan minda. Persetankan, mulut-mulut puaka haters yang selalu mengherdik ,atau caci maki kita.
Sekian untuk ruangan hari ini. Segala kekurangan dan kebiadaban harap dimaafi.
AKU BUKAN MALAIKAT YANG SELALU MELAKUKAN PERKARA BENAR.
No comments:
Post a Comment